Dikaburi tawaran gaji lumayan
Iklan
SHAH ALAM - Gara-gara terpedaya dengan janji manis gaji lumayan sebagai pengemas bilik sebuah hotel di Singapura, seorang remaja berusia 19 tahun, akhirnya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Mira berkata, selain tawaran pendapatan AS$1,100 (RM5,194.24), segala kos seperti penginapan dan perjalanan ke destinasi ditanggung ejen pekerjaan.