Bekas Wanita Pertama AS, Rosalynn Carter meninggal dunia

Iklan
Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Rosalynn Carter, yang juga isteri kepada Presiden AS ke-39 Jimmy Carter menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun. - Foto:Reuters

ATLANTA - Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Rosalynn Carter, yang juga isteri kepada Presiden AS ke-39 Jimmy Carter menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun.

Pertubuhan hak asasi kemanusiaan yang diasaskan mendiang Carter mengesahkan berita pemergian mendiang.

Iklan
Iklan

Pada Mei lalu, Carter disahkan menghidap penyakit demensia. Sebelum ini, media melaporkan Carter dimasukkan ke pusat jagaan di Georgia pada Jumaat untuk menghabiskan masa bersama suaminya yang kini berusia 99 tahun, yang juga telah berada dalam pusat jagaan itu sejak Februari.

"Carter meninggal dunia di rumahnya di Plains, Georgia, pada usia 96 tahun di samping keluarganya,” ujar kenyataan itu.

Iklan

Usia pernikahan pasangan berkenaan mencecah 77 tahun dan merupakan pasangan presiden yang paling lama berkahwin.

Selain suaimi, mendiang Carter juga meninggalkan empat orang anak iaitu Jack, Chip, Jeff dan Amy selain 11 cucu dan 14 cicit.

Iklan

Carter memainkan peranan penting termasuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak, serta advokasi untuk kesihatan mental menerusi badan amal Pusat Carter.

Beliau merupakan sebahagian dalam misi rasmi pindaan hak sama rata Perlembagaan AS untuk memastikan layanan adil terhadap wanita di bawah undang-undang. - Awani/Agensi