Mohammad Agus dipanggil hari ini di IPD Kajang - KPN

Iklan
Mohammad Agus, Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff akan hadir memberi keterangan hari ini, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, selain Mohammad Agus, terdapat lagi beberapa individu lain dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai individu bergelar"Mr H” yang dikaitkan dengan kes berkenaan, Razarudin berkata, ia masih dalam siasatan polis.

Iklan

Sebelum itu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. - Bernama

Iklan