KUALA LUMPUR - Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri setahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar menyelesaikan masalah membelenggu rakyat termasuk akibat kenaikan kos hidup, selain menekankan tata kelola baik dalam pentadbirannya dengan melawan kebobrokan nilai dan kebejatan rasuah.
Walhasil selepas setahun berlalu, Anwar bersama barisan kabinet Kerajaan Perpaduan dilihat membuat kemajuan ketara dalam mendepani pelbagai cabaran dalam negara serta di peringkat global untuk membawa Malaysia kembali ke landasan menuju sebuah negara maju.
Malah ketika membicarakan soal rakyat, pemimpin berusia 76 tahun itu tegas dengan pendiriannya yang sering meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan selaras dengan matlamat kerajaan pimpinannya untuk menoktahkan kemiskinan tegar.
Antara langkah pertama dilakukan Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, mengumumkan untuk menolak gaji bagi jawatan itu, selain mengesahkan jemaah menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi pulih.
Keputusan itu, kata Anwar adalah langkah pertama bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya, sekali gus berusaha memahami keperitan dan kepayahan rakyat yang masih bergelut dengan cabaran kewangan dan sosial susulan kos sara hidup semakin tinggi.
Selain itu, mewarisi hutang negara mencecah RM1.5 trilion ketika mengambil alih kepimpinan negara, Anwar berdepan pelbagai liku tersendiri bagi menghasilkan pencapaian cemerlang dalam masa setahun perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, terutama dalam tempoh pasca pemulihan Covid-19.
"Anwar merupakan Perdana Menteri Malaysia yang berhadapan cabaran begitu besar sepanjang tahun pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan disebabkan pelbagai perkembangan dalam negara dan peringkat global," kata penganalisis politik Dr G Manimaran.
Anwar yang juga Presiden PKR juga cukup"pantang” dengan amalan rasuah dan disebabkan itu seawal mentadbir negara, perkara pertama dilakukannya ialah mahu melaksana reformasi tata kelola pentadbiran dan membanteras rasuah habis-habisan menjadikan ramai yang"gerun”.

Anwar beramah mesra bersama murid sekolah pada majlis penyerahan dan perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi - Foto Bernama