Portugal catat rekod 100 peratus kemenangan

Iklan
Bruno Fernandes (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Iceland. - Foto EPA

PORTUGAL menamatkan kempen kelayakan Euro 2024 dengan rekod 100 peratus kemenangan selepas menewaskan Iceland 2-0 pada Isnin.

Bruno Fernandes dan Ricardo Horta masing-masing meledak satu gol untuk Portugal sekali gus merekodkan 10 kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan J.

Iklan
Iklan

Juara Euro 2016 itu akan menjadi antara pilihan untuk merangkul kejuaraan di Jerman dengan kejohanan itu dijangka menjadi pentas antarabangsa terakhir untuk Cristiano Ronaldo.

Slovakia mengikut jejak langkah Portugal dari Kumpulan J ke Euro 2024 sebagai pasukan di kedudukan kedua selepas menang 2-1 ke atas Bosnia dan Herzegovina di Zenica.

Iklan

Keputusan itu meletakkan skuad kendalian Dragan Stojkovic itu di kedudukan kedua Kumpulan G di belakang Hungary sekali gus melayakkan mereka ke kejohanan utama itu.

"Pemain menunjukkan mentaliti tidak berputus asa, percaya pada diri sendiri.

Iklan

"Ia adalah hari yang bermakna untuk bola sepak Serbia. Serbia akhirnya berada di Kejohanan Eropah.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemain yang berjuang sehingga tamat. Kami gembira dan berpuas hati,” kata Stojkovic.

Pertahanan tengah, Milos Veljkovic meletakkan Serbia di depan pada minit ke-17 sebelum pemain gantian Georgi Rusev menyamakan kedudukan untuk Bulgaria pada minit ke-59.

Sepuluh minit kemudian, Kiril Despodov meletakkan pasukan pelawat di depan tetapi Srdjan Babic menyamakan kedudukan lapan minit sebelum tamat untuk memastikan Serbia menjadi pasukan ke-17 yang layak ke Euro 2024.