Macron ingatkan Netanyahu ‘terlalu ramai orang awam terbunuh’ di Gaza

Iklan
Dari kiri: Benjamin Netanyahu, Emmanuel Macron -Foto AFP

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengingatkannya bahawa sudah"terlalu ramai orang awam yang terbunuh" dalam perang Israel dengan Hamas.

Macron menegaskan, apa yang benar-benar perlu dilakukan Israel ketika ini ialah"membezakan antara pengganas dengan orang awam.”

Iklan
Iklan

Pemimpin Perancis itu juga berhubung dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan tegas mengutuk keganasan yang berlaku di Tebing Barat.

Sebelum ini, Macron dalam wawancara dengan BBC menggesa Israel agar berhenti daripada membunuh wanita dan kanak-kanak. - Awani

Iklan
Iklan