Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza

Iklan
Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital.

JAKARTA - Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital.

Fasa kedua bantuan dari Indonesia ke Gaza selepas penghantaran pertama dilakukan pada 4 November lepas.

Iklan
Iklan

Presiden Joko Widodo berkata, bantuan bernilai 31.9 bilion rupiah atau AS$2.07 juta itu dibiayai melalui gabungan peruntukan bajet kerajaan dan sumbangan daripada syarikat, orang awam dan organisasi kemanusiaan.

"Sama seperti fasa pertama, pesawat akan meneruskan penerbangannya ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan bantuan itu kemudiannya diedarkan ke Gaza," katanya.

Iklan

Penghantaran bantuan pertama membawa keperluan penduduk Palestin seperti makanan, peralatan perubatan, selimut, khemah dan sokongan logistik.

Presiden turut menegaskan komitmen Indonesia bukan sahaja untuk menyediakan bantuan kemanusiaan segera tetapi juga untuk memberikan sokongan politik berterusan kepada Palestin.

Iklan

Beliau menegaskan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi kini berkhidmat sebagai seorang daripada utusan khas Pertubuhan Kerjasama Islam.

Presiden itu berkata, Retno secara aktif berinteraksi dengan beberapa negara untuk mendapatkan sokongan bagi menghentikan segera keganasan di Gaza, gencatan senjata segera selain penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan. - Bernama