Hutang punca wartawan dilarikan, dikurung

Iklan
Datuk S Sasikala Devi

SHAH ALAM - Masalah berkaitan hutang dipercayai menjadi punca seorang wartawan warga Bangladesh dilarikan sebelum dikurung beberapa individu dalam kejadian pada 7 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini siasatan dijalankan mendapati kejadian berpunca daripada masalah hutang antara mangsa dengan beberapa suspek yang diberkas sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Motif kejadian berdasarkan berpunca daripada mangsa yang didakwa berhutang mengakibatkan mangsa dilarikan suspek terlibat.

"Bagaimanapun siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan," katanya ketika sidang akhbar di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor dekat sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, polis kini sedang mengesan empat suspek dipercayai terlibat dalam kejadian.

"Tangkapan sebelum ini melibatkan enam individu dan kini empat lagi suspek masih dikesan bagi siasatan lanjut.

Iklan

"Keempat -empat suspek ini terdiri daripada seorang warga asing dan tiga warga tempatan," katanya.

Pada Isnin, media melaporkan seramai enam individu susulan laporan diterima polis daripada anak saudara mangsa yang mendakwa bapa saudaranya meminta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang.

Mangsa didakwa dilarikan sebelum dikurung selama beberapa hari ketika kejadian.