Bahasa Inggeris dibenarkan dalam urusan rasmi di Sabah, Sarawak - Ewon

Iklan
Ewon Benedick - Foto Bernama

PENAMPANG - Kabinet Persekutuan bersetuju penggunaan Bahasa Inggeris dibenarkan bagi urusan rasmi di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan perlembagaan kedua-dua negeri yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris untuk urusan rasmi di negeri masing-masing.

Iklan
Iklan

"Ini (penggunaaan bahasa Inggeris) termasuk dalam prosiding di mahkamah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah serta Sarawak,” kata Ahli Parlimen Penampang itu dalam kenyataan selepas merasmikan program Be English Speakers Today (BEST) di sini pada Isnin.

Mengenai program dianjurkan bersama Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Pendidikan INDEP itu, Ewon berkata, program seumpamanya dapat membudayakan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda selain bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing.

Iklan

"Pelajar digalakkan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa ibunda, bahasa kebangsaan dan bahasa utama antarabangsa. Bahasa kebangsaan wajib dikuasai warganegara Malaysia selain bahasa antarabangsa, termasuk bahasa Inggeris, Mandarin, Arab atau bahasa utama lain di dunia,” katanya.

Program BEST itu memanfaatkan lebih 390 pelajar dari enam daerah terpilih di negeri ini, yang akan mengikuti pembelajaran mengikut modul disediakan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris mereka. - Bernama

Iklan