Anak muda PN Terengganu yakin Ahmad Samsuri mampu bawa perubahan

Iklan
Ahmad Samsuri.

SHAH ALAM - Calon Pas PRK Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar telah membawa banyak perubahan menerusi pentadbiran kerajaan negeri termasuk di Kemaman.

Ketua Armada Bersatu Terengganu, Aziman Hadi Nazri berkata, anak Muda Perikatan Nasional (PN) Terengganu yakin bahawa Menteri Besar Terengganu bakal membawa perubahan besar terhadap ekonomi di negeri itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Terengganu di bawah pentadbiran beliau telah berjaya membawa perubahan termasuk mempamerkan pentadbiran berintegriti tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa berlaku sebelum ini.

"Kami anak muda PN akan memberi sepenuhnya sokongan kepada Ahmad Samsuri dalam menghadapi PRK yang akan berlangsung pada 2 Disember akan datang.

Iklan

Menurutnya, di tengah persaingan politik Terengganu yang semakin sengit, mereka melihat PRK Kemaman sebagai manifestasi dari demokrasi yang matang.

"Tokoh seperti beliau bukan saja mewakil Pas, tetapi juga lambang prinsip yang kami, di PN yang menjunjung tinggi inovasi dan keadilan sosial yang beliau cuba bawa.

Iklan

"Kami juga mengagumi bagaimana beliau kerana sanggup menghadapi lawan politiknya dengan penuh hormat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau menunjukkan bahawa dalam politik, perbedaan pendapat bukan alasan untuk permusuhan, tetapi peluang untuk dialog yang membangun.

"Sikap ini sangat penting bagi kami anak muda yang lelah dengan politik perpecahan dan mencari wajah baru dalam kepemimpinan yang lebih inklusif dan progresif,” katanya.

Tambahnya, rakyat menghargai bagaimana Ahmad Samsuri mengambil pendekatan yang berbeza dalam menangani isu-isu kritikal seperti politik dan kesihatan.

"Mereka percaya kepimpinan beliau yang inovatif dan proaktif adalah apa yang diperlukan oleh negeri untuk menghadapi krisis ekonomi yang sedang melanda.

"Negara memerlukan lebih banyak pemimpin seperti beliau yang dapat menyatukan pemimpin dan rakyat di setiap peringkat, memimpin dengan kewibawaan, dan membawa negeri ke arah masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing,” ujarnya.