Empat penguat kuasa ditahan SPRM kes rasuah 'lesen terbang'

Iklan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Empat anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 untuk keluarkan 'lesen terbang' kepada calon yang mengambil lesen memandu.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang Isnin ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Iklan
Iklan

"Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui ejen atau orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

"Modus operandi yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ini adalah dengan meminta dan menerima rasuah daripada orang tengah antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu," katanya.

Iklan

Tambanya lagi, kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Iklan

"Kesemua suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada jam 9 pagi esok," katanya.