Tandas SK Sultan Abdul Aziz kini bertaraf 'BMW'

Iklan
Hampir RM100,000 diperuntukkan untuk naik taraf tandas SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak.

SHAH ALAM - Tandas Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak kini telah berjaya direformasi ke taraf ‘Bersih, Menawan dan Wangi’ (BMW).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong berkata, sebelum ini beliau dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah memperuntukkan hampir RM100,000 kepada sekolah berkenaan untuk kerja penaiktarafan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramai bekas pelajar menyuarakan tandas sekolah itu tidak pernah berubah sejak ia ditubuhkan malah membahayakan murid.

"Kini 20 bilik tandas tersebut bukan sahaja telah dibaik pulih, malah telah dinaik taraf ke standard BMW.

Keadaan sebelum dan selepas kerja-kerja baik pulih tandas dijalankan.

Iklan

"Ini menunjukkan di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya. Kerajaan perpaduan akan terus berbakti kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Isnin.

Pada 9 September lalu, Kor Ming mencadangkan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf BMW di seluruh negara.

Iklan

Menurutnya, ia adalah antara cadangan agenda reformasi kemudahan awam negara yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2024.