Video dua lelaki: Polis rakam keterangan Che'gu Bard dan Agus

Iklan
Che'gu Bard (kiri), Mohammad Agus

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berhubung video perbualan membabitkan dua lelaki yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan memaklumkan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Iklan
Iklan

Shuhaily menjelaskan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses penyiasatan termasuk membuat penularan semula rakaman video tersebut.

Iklan

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang," katanya.

"Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses penyiasatan termasuk membuat penularan semula rakaman video tersebut.

Iklan

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang," katanya. - Awani