'Aura kejohanan kali ini luar biasa’ - Mat Ropi

Iklan
Mat Ropi

PETINJU Kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Rafi Abdul Manaf, 30, mengakui persiapan untuk kejohanan kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana perlu merebut tali pinggang kejuaraan bagi melayakkan diri ke ‘Clash of Champion’ tahun depan.

Beliau yang mesra dipanggil Mat Ropi berkata, kejohanan yang berlangsung pada 25 dan 26 November itu begitu istimewa kerana disertai ramai petinju luar negara.

Iklan
Iklan

"Tali pinggang kemenangan sudah banyak di rumah, cuma aura kali ini lain sikit. Kalau saya menang, mungkin pada bulan Mac atau Jun 2024 akan dicabar oleh petinju lain dari luar negara.

Seramai 28 petinju hebat daripada 14 regu akan berentap merebut hadiah berupa 10 tali pinggang kejuaraan, dua tali pinggang juara pusingan dan piala berserta wang tunai.

Iklan

Hadir sama ke sidang media berkenaan ialah Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang, ahli kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur dan barisan pengamal media.

Anak kelahiran Kelantan itu memaklumkan, beliau masih berada dalam mod pemakanan seimbang dan diet yang ketat kerana mahu mencapai berat 75 kilogram bagi melayakkannya bertanding dalam kategori berkenaan.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar penyokong dari negeri Pantai Timur turun padang untuk memberikan semangat buatnya semasa pertandingan berlangsung nanti.