Belacan Alor Ibus

Iklan
Pekerja, Nazri Md Dros, 34, sedang mengalihkan belacan yang dijemur di Kampung Alor Ibus, Alor Setar, hari ini. Setiap hari dianggarkan 1,000 ketulan belacan yang turut dikenali belacan Alor Ibus ini di edarkan di pasaran yang dijual antara RM0.80 hingga RM5 seketul. Perusahaan yang dimulakan sejak 21 tahun lalu itu menjadi titik tolak kepada peningkatan ekonomi keluarga dalam menyara lapan orang anak. Selain dikenali dalam pasaran tempatan, belacan yang menyumbang jualan bulanan sebanyak RM30,000 itu turut berada di Mekah selepas seorang jemaah dari Malaysia memasak untuk jemaah di sana. - Foto Bernama