Himpun semua pendatang Rohingya di kem pelarian - Norman
Iklan
SHAH ALAM - Semua pendatang Rohingya yang berada di Malaysia perlu dihimpun dan diletakkan di kem pelarian seperti mana dilakukan Indonesia sebagai mesej menolak lebih ramai kumpulan etnik itu untuk tidak datang ke negara ini.
Peguam, Norman Fernandez berkata, pendekatan tegas perlu disuarakan oleh kerajaan memandangkan terlalu ramai pelarian Rohingya sudah terlampau selesa dan bebas menikmati segala kemudahan negara ini termasuk pemberian wang zakat di sesetengah negeri.