Ahli Parlimen Ireland kritik sikap membisu EU mengenai Gaza

Iklan
Mick Wallace - Agensi

DUBLIN - Ahli Parlimen Eropah dari Ireland, Mick Wallace mengkritik sikap membisu Kesatuan Eropah (EU) berhubung jenayah perang dilakukan Israel di Genting Gaza.

Menurut Wallace, ketidakupayaan EU mengutuk secara terang-terangan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza membuktikan blok tersebut tunduk dengan ugutan Tel Aviv selain bimbang dilabel sebagai anti-Semitik.

Iklan
Iklan

Tambah Wallace, operasi ketenteraan Israel di Gaza bukannya menyasarkan Hamas tetapi menyimpang jauh dengan membunuh orang awam yang tidak berdaya.

"Mereka (Israel) telah membunuh lebih 5,000 kanak-kanak, lebih 3,000 wanita dan cuma lebih 60 pejuang Hamas?

Iklan

"Adakah sepanjang lebih 40 hari Israel melawan Hamas? Tidak, mereka sebenarnya memerangi orang awam di Gaza!

"Hari demi hari kekejaman mereka semakin bertambah dan tiada siapa dapat menghalangnya," ujar Wallace.

Iklan

Wallace menegaskan apa yang berlaku di Gaza adalah jenayah perang apabila Israel sengaja menyasarkan hospital dan mengusir penduduk dari kediaman. - Agensi