[VIDEO] Halipah amal minum air kunyit, halia ketika muda

Iklan

TAMPIN - Minum air kunyit dan air halia sejak usia muda antara amalan seorang wanita warga emas, Halipah Hasan dari Kampung Ladang, Gemas di sini yang kini usianya mencecah 102 tahun.

Halipah memberitahu, dia tidak mengalami sebarang penyakit melainkan penglihatannya saja semakin kabur disebabkan faktor usia.

Iklan
Iklan

Norazizah memegang kad pengenalan Uwan Lipah yang menunjukkan tarikh lahirnya.

Dia yang lebih mesra dipanggil Uwan Lipah bagaimanapun tidak lagi mampu berjalan sejak tiga tahun lalu selepas kedua-dua pahanya patah akibat terjatuh di rumah.

Iklan

Menurut cucunya, Norazizah Mat Ripin, 40, berdasarkan tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalan neneknya, Halipah dilahirkan pada tahun 1921 namun sebenarnya ia mungkin setahun lewat.

"Biasalah orang dulu daftar kelahiran lambat, tapi saya diberitahu kemungkinan lewat setahun macam itu.

Iklan

"Uwan (Halipah) berkahwin ketika berusia 16 tahun dan telah menjalani lima kali perkahwinan serta dikurniakan empat anak, 11 cucu dan sembilan cicit," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Uwan Lipah memegang kad pengenalannya.

Menurutnya lagi, tiga anak lelaki neneknya sudah meninggal dunia melainkan ibunya sahaja yang masih hidup dan turut tinggal bersama.

Ujarnya, ketika masih mampu bergerak, neneknya merupakan seorang tukang urut dan bidan manakala datuknya sudah lama meninggal dunia.

"Uwan banyak amalkan petua orang dulu-dulu, antara yang menjadi amalan ialah minum air kunyit dan halia namun sejak tiga tahun lalu dia tidak lagi meminumnya.

"Uwan juga tak makan ubat, kalau tiba-tiba badan tak sihat dia hanya minum air suam serta tidak pernah dimasukkan ke hospital," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak tidak mampu lagi berjalan disebabkan kedua-dua pahanya patah, warga emas itu perlu dibantu untuk menguruskan diri.

Uwan Lipah ditemani tiga daripada 11 cucunya.

Norazizah juga bersyukur kerana neneknya tidak ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung.

"Tahun lepas saya bawa uwan buat pemeriksaan kesihatan, doktor pun terkejut kerana dia tak sakit apa-apa.

"Cuma biasalah bila dah tua, mata dia mula kabur dan ada kalanya dia tak ingat, tapi masih boleh bersembang dan bergurau. Uwan juga kelakar orangnya," katanya.

Ujar Norazizah lagi, dia juga sangat rapat dengan Halipah kerana wanita tersebut menjaganya sejak kecil, malah bersyukur masih dapat merasai kasih sayang seorang nenek.

Katanya, makanan dan minuman kegemaran neneknya ialah lauk udang masak lemak cili api dan air teh susu, namun dia tidak terlalu memilih.

"Biasanya kalau sarapan pagi, uwan akan minum teh susu dengan biskut kering dan akan makan tengah hari pada jam 11 pagi.

Uwan Lipah

"Kemudian dalam jam 1 tengah hari atau 2 petang dia akan makan buah manakala jam 4 petang dia sekali lagi makan biskut kering dengan teh susu sebelum makan malam pada jam 7 malam," katanya.

Kata ibu kepada dua anak itu lagi, neneknya tidak mempunyai sebarang pantang larang tetapi sentiasa berpesan supaya tidak minum air sejuk dan makan makanan yang 'bukan-bukan'