Korek telinga dan hidung batalkan wuduk?

Iklan
KOREK telinga atau hidung tidak membatalkan wuduk seseorang, malah solat yang dikerjakan mereka tetap sah. -Gambar hiasan

SUDAH ambil wuduk, namun tiba-tiba sahaja rasa gatal pada bahagian telinga. Gara-gara tidak tahan, kita mengambil langkah untuk korek telinga.

Selepas selesai, baru terfikir sama ada perbuatan kita itu membatalkan wuduk ataupun tidak.

Iklan
Iklan

Maklum sahajalah, sudah tentulah bila kita korek bahagian itu akan keluar tahi telinga, bukan?

Begitu juga dengan orang yang korek hidung walaupun dia sudah berwuduk.

Iklan

Apakah status wuduk seseorang yang mengorek telinga atau hidung? Batalkah air sembahyang yang sudah diambil?

KOREK telinga atau hidung tidak membatalkan wuduk seseorang, malah solat yang dikerjakan mereka tetap sah. -Gambar hiasan

Iklan

Malah katanya, solat yang dikerjakan mereka tetap sah.

"Perkara yang membatalkan wuduk adalah seperti keluarnya sesuatu dari dubur atau qubul, menyentuh kemaluan, tidur yang punggungnya tidak tetap di lantai, hilang akal, menyentuh kulit antara lelaki dan perempuan tanpa berlapik,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Maktabah Albakri.

Memetik laman web kalam-insani.livejournal.com, terdapat beberapa perkara yang pada zahirnya dihukumkan sebagai najis, tetapi ia mendapat keringanan daripada ALLAH SWT.

Mudah kata, ia tergolong sebagai najis yang dimaafkan dan sah dibawa dalam solat serta tidak wajib disucikan.

"Ia termasuklah najis pada logha (bahasa) seperti tahi mata, tahi telinga, tahi hidung, tahi gigi dan sebagainya,” katanya.