Robi Syanturi takluk Asics Meta: Time: Trial Malaysia

Iklan
Syanturi (tiga, kiri) mengungguli kategori 10km jemputan lelaki dalam Asics Meta: Time: Trials Malaysia.

PELARI jarak jauh Indonesia, Robi Syanturi muncul juara kategori 10 kilometer (km) jemputan lelaki dalam Asics Meta: Time: Trials Malaysia yang berlangsung di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Syanturi yang mencatatkan masa 31.20 saat meninggalkan pencabar terdekat Subas Gurung dari Nepal (31.25) dan pemenang tempat ketiga Tri Nguyen Anh dari Vietnam (32.46).

Iklan
Iklan

"Acara ini mendorong had keupayaan saya ke tahap yang lebih tinggi dan dalam masa sama saya perlu berada pada tahap mental dan fizikal yang baik untuk meraih kemenangan," katanya yang juga pemenang pingat gangsa pada Sukan SEA di Kemboja Mei lalu.

Peserta memulakan larian Asics Meta: Time: Trials Malaysia yang berlangsung di Persiaran Flora, Cyberjaya pada Ahad lalu.

Untuk kategori jemputan wanita, Serena Teoh dari Singapura mempamerkan persembahan yang luar biasa, memastikan kemenangan dengan catatan masa 38:38 manakala naib juara Joida Gagnao dari Filipina (39:18) dan Goh Chui Ling dari Singapura (39:57).

Iklan

Ia sekali gus meneruskan kejayaan penganjuran itu pada edisi pertama yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Asics Asia, Yogesh Gandhi teruja dengan penyertaan luar biasa daripada semua pelari dan rakyat Malaysia dalam acara tersebut.

Pengarah Jualan Produk Asics Asia, Goh Boon Hwa (kiri), Pengurus Asics Malaysia, Boon Tib Soom Nik (dua, kiri) dan Pengurus Asics Thailand, Trin Thanakittivara pada Asics Meta: Time: Trials Malaysia yang berlangsung di Persiaran Flora, Cyberjaya pada Ahad lalu.

Iklan

"Kami sangat teruja dengan keghairahan dan penyertaan yang luar biasa. Acara ini bukan sahaja telah menyatukan ramai pelari tetapi juga membuktikan keazaman dan kemahuan setiap individu untuk menamatkan larian.

"Prinsip kami juga tercapai untuk memastikan masyarakat mempunyai minda dan badan yang sihat dan memupuk amalan gaya hidup sihat," katanya.

Pelari dalam kategori jemputan juga memakai kasut tajaan Asics Metaspeed Edge dan Metaspeed Sky untuk mereka cuba mencabar catatan terbaik mereka.