Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil

Iklan
Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil 'Mr H' berdasarkan maklumat daripada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Isnin.

Iklan
Iklan

Razarudin berkata, pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis dibuat oleh Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir berkaitan ancaman keselamatan ke atas dirinya.

"Kita minta dia segera tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Iklan

Razarudin berkata, polis turut menjalankan siasatan berhubung kebocoran salinan laporan polis bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tular di media sosial.

"Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Iklan
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani (kanan) sewaktu mengadakan sidang media khas di Bangi malam Jumaat. - Foto: Bernama

Sebelum ini, Mohammad Agus dan Abdul Wahab dalam satu sidang media khas mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Abdul Wahab, 33, mendakwa telah diarahkan oleh individu bernama Mr H untuk merekod video perbualannya bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Pada Isnin, Mohammad Agus dilaporkan berkata, identiti ‘Mr H’ telah didedah kepada pihak polis ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.