KOTA BHARU - Jajahan Pasir Puteh menjadi lokasi pertama dilanda banjir di Kelantan akibat monsun timur laut apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 71 mangsa sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu dan SK Wakaf Raja di jajahan itu.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir yang terkandas di Kampung Tasek Tok Kundur, mukim Bukit Awang. Kesemua mangsa akan dipindahkan ke PPS SK Wakaf Raja. - Foto APM