'Ukraine hadirkan kepayahan buat Itali'

Iklan
Luciano Spalletti - Foto AGENSI

ITALI melangkah ke pusingan akhir Euro 2024 selepas seri 0-0 ketika menentang Ukraine dalam perlawanan terakhir kelayakan di Leverkusen, Jerman pada Selasa.

Keputusan seri menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan Kumpulan C dengan 14 mata di belakang England, namun Itali selaku penyandang juara edisi lalu layak berdasarkan rekod pertemuan dengan Ukraine sebelum ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Ukraine yang menduduki tempat ketiga kumpulan masih berpeluang ke pusingan akhir, namun perlu mengharungi pusingan play-off.

Sementara itu, tuan rumah Ukraine pula diperkuatkan dengan kehadiran bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, Mykhailo Mudryk.

Iklan

Azzuri jelas menguasai perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan menarik, termasuk percubaan Nicolo Barella selain tandukan Giovanni Di Lorenzo tersasar.

Itali sepatutnya membuka tirai jaringan pada minit ke-29 melalui Frattesi namun percubaannya dinafikan Anatoliy Trubin di gawang.

Iklan

Separuh masa kedua Itali terus mendominasi perlawanan, namun Ukraine hampir membuka tirai jaringan melalui percubaan Mudryk yang diselamatkan Gianluigi Donnarumma pada minit ke-65.

"Ukraine menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang lengkap apabila memberi kami masa yang sukar.

"Hari ini kami bermain dengan baik apabila separuh masa pertama pasukan mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan keputusan.

"Kemudian apabila kami tidak berjaya melakukannya, perlawanan menjadi lebih berintensiti dan lebih fizikal. Mereka membawa lebih ramai pemain fizikal tetapi ketika itu mereka tidak lagi bermain bola sepak,” kata Spalletti.