Silhavy lepas jawatan selepas bawa Czech ke Euro 2024

Iklan
Silhavy

REPUBLIK Czech mengalahkan Moldova 3-0 untuk layak ke Euro 2024 dalam aksi Kumpulan E di Stadium Andruv, Olomouc pada Selasa.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak lama apabila pengendali Czech, Jaroslav Silhavy mengumumkan peletakan jawatan susulan tekanan mengendalikan pasukan dari Eropah Timur tersebut.

Iklan
Iklan

"Walaupun kami gembira sekarang, saya sudah memutuskan sebelum perlawanan untuk tidak meneruskan bersama pasukan ini.

"Saya memberitahu Presiden (Czech FA) Petr Fouska, bahawa tekanan menjadi sangat besar, kadang-kadang saya sendiri tidak memahaminya.

Iklan

"Tekanan ini secara tidak langsung juga menyumbang kepada keputusan diraih pasukan ini,” kata Silhavy menjelaskan keputusan peletakan jawatan tersebut.

Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan Czech mengakhiri saingan di kedudukan kedua dengan 15 mata di belakang Albania yang dipisahkan dengan jumlah bolos selepas lapan perlawanan.

Iklan

Poland pula ketiga dengan 11 mata, Moldova keempat (10 mata) diikuti Kepulauan Faroe kelima (dua mata).