Awas 7 tanda istidraj, jangan sampai terus jauh daripada ALLAH

Iklan
JANGAN terlalu leka dibuat kemewahan dan kenikmatan dunia hingga jauh daripada ALLAH SWT. -Gambar hiasan

SEGELINTIR orang dikurniakan kemewahan hidup, kejayaan melangit dan jawatan bukan calang-calang. Semua dilihat begitu gah pada mata manusia.

Namun di sebalik itu, kelompok tersebut masih leka dibuai kemewahan dunia dan enggan bersujud kepada YANG MAHA ESA.

Iklan
Iklan

Berhati-hatilah kerana itulah yang dinamakan istidraj. Mudah kata, ALLAH SWT memberikan nikmat dunia yang melimpah-ruah, tetapi diri tetap masih bergelumang maksiat.

Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu diuji dengan istidraj?

Iklan

Berikut merupakan tujuh tanda istidraj sebagaimana dipetik menerusi laman web Kalam Sindonews:

GUNAKANLAH harta kekayaan mahupun kurniaan ALLAH SWT dengan sebaiknya dan lakukan suruhan-NYA sebagai tanda kita menzahirkan rasa syukur atas nikmat diberikan. -Gambar hiasan

Iklan

1. Hidup bergelumang maksiat, tetapi badan tetap sihat dan jarang sakit.

2. Dikurniakan wang melimpah-ruah walaupun enggan melaksanakan ibadah.

3. Di mana sahaja dia berada, dirinya begitu mudah untuk mencari sebab melakukan dosa. Ia seolah-olah peluang untuk melakukan maksiat terbuka luas untuknya.

4. Sentiasa bersedia untuk membelanjakan wang untuk tujuan berselang-lenang dan berfoya-foya, tetapi begitu kedekut untuk membantu orang yang susah.

5. Boleh kekal tenang dan tidak bimbang atas kejahatan yang dilakukan.

6. Dirinya bertambah bangga apabila hartanya meningkat, kedudukan dan kesenangan duniawi juga melangit.

7. Mengagumi pakar-pakar di dunia dan memuliakan mereka, tetapi memandang rendah golongan ulama serta orang soleh.

Ingatlah, meskipun segalanya kelihatan indah pada mara kita, usah terlalu leka dibuai dengan nikmat dunia yang melalaikan.

Bukan apa, bimbang andai semua itu rupanya ‘simptom’ kita dijerumuskan ALLAH SWT ke lembah kehancuran. Justeru berhati-hatilah.

KURNIAAN ALLAH lazimnya diisi dengan ketakwaan, kebaikan dan ketaatan sama ada sebelum atau selepasnya, jauh sekali berbeza dengan istidraj. -Gambar hiasan

Untuk membezakan antara istidraj dan kurniaan ALLAH, Sinar Islam merujuk artikel yang pernah dikongsikan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas pejabat mufti itu, kurniaan ALLAH lazimnya diisi dengan ketakwaan, kebaikan dan ketaatan sama ada sebelum atau selepasnya.

"Misalnya, seseorang yang rajin melakukan solat malam, bersedekah, menunaikan solat duha dan sebagainya, kemudian ALLAH SWT melimpah-ruahkan rezekinya. Maka itu kita namakan sebagai kurniaan atau karamah.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kemudian mengemukakan kalamullah sebagai renungan kita bersama.

ALLAH SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran, ayat 102)