Bukan pertandingan ratu cantik pondan - Penganjur

Iklan
Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen pada 12 Disember depan.

SHAH ALAM - ‘Miss World Noble Queen’ bukan pertandingan ratu cantik pondan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook milik penganjur memaklumkan, secara jelas kriteria peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ialah wanita.

Iklan
Iklan

"Peserta hendaklah memiliki wajah cantik dengan ketinggian minimum 165 sentimeter (cm), perwatakan dan fizikal serta kesihatan mental yang baik,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial telah memuat naik hantaran dengan membantah penganjuran program berkenaan yang didakwa sebagai pertandingan ratu cantik pondan.

Iklan

Kata kenyataan itu, penetapan kriteria dalam pemilihan peserta telah dibuat pada tahun 2015.

Pada 14 November lalu, media melaporkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen pada 12 Disember depan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Iklan