ISTANBUL - [DIKEMAS KINI] Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
Menurut Palestine TV, serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan beberapa ramai penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.