Sekolah antarabangsa di Perak pula diancam bom

Iklan
Mohd Yusri

IPOH - Polis Perak mengesahkan bangunan sebuah sekolah antarabangsa di sini selamat daripada ancaman bom.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan segera dijalankan selepas pihak pengurusan sekolah menerima e-mel daripada seorang individu yang tidak dikenali berkaitan ancaman bom dalam bangunan sekitar jam 10.10 pagi.

Iklan
Iklan

"Polis telah bertindak segera terhadap maklumat tersebut dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh dalam bangunan sekolah dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan keadaan disahkan selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut Mohd Yusri, semua tenaga pengajar dan pelajar kemudiannya dibenarkan masuk selepas tiga jam melakukan pemeriksaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

"Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghantar e-mel ancaman bom palsu sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan ketakutan dan menggugat ketenteraman awam," katanya.