KOTA BHARU - Sistem saliran tersumbat dan tidak dapat menampung hujan berterusan dipercayai menjadi punca banjir di Pasir Puteh apabila 148 mangsa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Kesemua mereka ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, SK Wakaf Raja dan SK Sungai Petai, manakala seramai 30 mangsa di Bachok ditempatkan di PPS SK Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor.
Operasi menyelamat dilakukan oleh JBPM di Kampung Tok Kundor, Pasir Puteh.