Ailton tinggalkan Kijang Hijau

Iklan
Ailton Silva sah meninggalkan pasukan itu berkuat kuasa pada Selasa.

PENGENDALI Sang Kijang Hijau, Ailton Silva sah meninggalkan pasukan itu berkuat kuasa pada Selasa.

Pengunduran pengendali kelahiran Brazil itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurut Wan Mohd Zul Ikman keputusan penamatan kontrak itu dicapai hasil persetujuan bersama walaupun saingan Liga Malaysia masih berbaki tiga perlawanan.

"Buat sementara waktu Nazrulerwan Makmor akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih interim.

Iklan

"Nazrulerwan akan dibantu oleh penolong jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan," katanya.

Ailton (dua dari kanan) terpaksa melepaskan jawatan yang disandangnya pada ketika ini.

Wan Mohd Zul Ikman memberitahu, Ailton membuat keputusan itu atas sebab peribadi dan urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Iklan

"Situasi ini memaksa Ailton melepaskan jawatan yang disandangnya pada ketika ini," ujarnya.

Menurut Wan Mohd Zul Ikman, seluruh warga Kelantan United berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Ailton.

Kelantan United FC mengucapkan terima kasih atas segala komitmen dan kerja keras yang ditunjukan oleh Ailton.

Katanya, Kelantan United mendoakan semoga urusan beliau bersama keluarga dipermudahkan.

"Terima kasih atas segala komitmen dan kerja keras yang ditunjukan oleh Ailton," tambahnya.