KUALA SELANGOR - Pasangan kembar yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Rizab Derahman, Jeram di sini, pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, kejadian jam 11.50 pagi itu berlaku ketika pasangan kembar berusia 18 tahun itu dari rumah mereka di Jalan Bukit Kuching ke tempat kerja di Puncak Alam.