Waktu rehat tambahan atasi budaya curi tulang

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

SHAH ALAM - Golongan majikan di negara ini disaran memberi kelonggaran waktu rehat tambahan kepada pekerja mereka untuk urusan penting bagi mengelakkan amalan curi tulang terus menjadi budaya sehingga menghakis integriti dalam perkhidmatan.

Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Pahang, Ali Imran Hassan berkata, pihak pengurusan ataupun penyelia boleh mengambil inisiatif menyediakan jadual giliran untuk setiap pekerja atas budi bicara.

Iklan
Iklan

"Apabila pengurusan menyediakan jadual giliran, bermaksud kelulusan diberikan kepada pekerja untuk mengambil masa rehat tambahan, mungkin untuk bersarapan, solat atau berehat sebentar.

"Jadi, segala aktiviti yang dilakukan adalah sah dan gaji yang diterima adalah berkat kerana jujur serta amanah semasa waktu bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Isu pekerja yang mengambil tempoh lama untuk memulakan kerja di pejabat lebih-lebih lagi waktu pagi dan selepas waktu makan tengah hari menjadi antara amalan curi tulang yang sering diperkatakan.

Ali menambah, perkara tersebut tidak menjadi isu dalam sebuah jabatan atau institusi selagi pekerja mendapat kebenaran daripada penyelia.

Iklan

Jelasnya, menjadi kesalahan apabila pekerja berehat dengan tempoh yang lama d iluar waktu rehat ditetapkan.

"Sebelum bekerja memang disarankan untuk mengambil sarapan dahulu supaya prestasi kerja bertambah baik, namun tempoh yang diberi itu tidak boleh terlalu lama sehingga mengganggu waktu pekerja lain,” ujarnya.