Austria tambah tekanan buat Jerman

Iklan
Reaksi pemain Jerman selepas tewas kepada Austria FOTO: EPA

AUSTRIA mengatasi Jerman 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada awal pagi Rabu untuk menambah tekanan kepada hos Euro 2024 itu yang berada dalam prestasi tidak menentu.

Marcel Sabitzer meletakkan Austria di depan pada minit ke-29 sebelum Christoph Baumgartner menambah derita buat Jerman pada minit ke-73 dalam aksi di Stadium Ernst Happel, Vienna.

Iklan
Iklan

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut kepada pengendali Jerman, Julian Nagelsman yang mengambil alih pasukan pada September selepas kekalahan 3-2 di tempat sendiri kepada Turkiye pada Sabtu.

Nagelsmann menyalahkan kekurangan kerjasama dalam pasukan di atas padang sambil turut mengkritik kehilangan penguasaan bola pada separuh masa pertama sebagai punca kekalahan tersebut.

Iklan

"Pada hujung perlawanan kami perlu menerima bahawa kami mempunyai banyak perkara untuk diperbaiki.

"Jurulatih dan pemain perlu menerimanya dan tiada perkara yang mudah mulai sekarang sehingga musim panas. Kami harus menerima bahawa ia hanya akan berjaya melalui kerja yang sangat sukar. Itu fakta.

Iklan

"Pemain mungkin bermain tidak sebebas yang mereka mahukan. Kami bukan unit yang berada di luar padang. Ia hanya hilang di atas padang," katanya.