Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba

Iklan
Premis yang didakwa menggunakan gambar Dr Noor Hisham tanpa kebenaran.

PUTRAJAYA - Selepas beberapa kali gambar disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan memfailkan saman terhadap sebuah premis perniagaan jeli dan teh herba traditional Cina.

Menerusi hantaran di laman sosial, Dr Noor Hisham yang juga digelar Panglima Perang Covid-19 itu berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, tindakan itu sebagai suatu pengajaran kepada pihak yang memanipulasi gambar dan kedudukannya tanpa kebenaran.

"Sekurang-kurangnya jika saya menang, saya boleh berkongsi kemenangan dengan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Iklan
Hantaran Dr Noor Hisham mengenai perkara itu di laman Facebook beliau.

Dr Noor Hisham mendakwa, tindakan salah dan taktik pemasaran yang dibuat premis tersebut adalah bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Sebelum ini Dr Noor Hisham antara figura yang menjadi tumpuan di seluruh dunia berikutan kepimpinan beliau menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Iklan

Masyarakat dunia meletakkan beliau sebaris dengan saintis terkemuka China Dr Zhong Nanshan.

Populariti itu mendorong pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi nama beliau tanpa kebenaran dengan pelbagai tujuan.

Antara yang dilaporkan adalah berita palsu berkaitan dengan prosedur rawatan mata di hospital.

Selain itu, syarikat perlombongan turut didakwa menggunakan nama dan gambar Dr Noor Hisham kononnya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Dr Noor Hisham bagaimanapun menafikan penglibatan dirinya.