PRK Kemaman: Pemuda UMNO Terengganu cabar Ahmad Samsuri

Iklan
Tengku Haphiz

KEMAMAN - Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera mencabar calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menyatakan masa yang boleh diluangkan bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat jika terpilih menjadi ahli Parlimen.

Menurutnya, komitmen sebagai ahli Parlimen sangat tinggi dan persidangan Dewan Rakyat mengambil masa antara satu ke dua bulan bagi setiap sesi.

Iklan
Iklan

"Saya cabar beliau untuk beritahu rakyat Terengganu dalam ucapan, berapa hari beliau boleh beri komitmen penuh untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat jika dilantik menjadi ahli Parlimen. Boleh penuh atau tak?

"Kalau seorang ahli Parlimen gagal menghadirkan diri, sudah tentu dia tertinggal untuk bawa suara rakyat sebab soalan-soalan tambahan ini akan menjadi polisi kepada kerajaan sendiri. Kalau ia silap, ia akan menjadi teguran untuk kerajaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Pemuda BN - Guane Gamok Oghang Muda yang disiarkan di Facebook BN.

Sementara itu, mengulas mengenai calon BN, Tengku Haphiz menyifatkan Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai seorang yang bersifat kebapaan.

Iklan

Jelasnya, dengan kredibiliti dan disiplin yang tinggi, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu adalah individu yang layak untuk memimpin Kemaman.

"Dalam keluarga, yang menjadi tonggak sesuatu institusi itu sudah tentu ayah. Sepanjang bersama calon, kita dapat rasai sifat 'keayahan' dan 'kebapaan' Tan Sri.

"Saya kata sedemikian kerana sempat berbual dengan calon ketika lawatannya di kawasan. Beliau sendiri dengan penuh terbuka menyatakan bahawa sekiranya diberi peluang, keutamaan kepada anak muda.

"Ada dua, tiga perkara yang bagi saya adalah tawaran yang sangat baik dan beliau nak teruskan. Maknanya, anak muda ini dianggap sebagai anak sendiri. Inilah karakter bapa yang kita nak, berkredibiliti, disiplin tinggi dan bijaksana," jelasnya.