Tiga meja kayu, dua bot persiapan hadapi banjir

Iklan
Bidah menunjukkan meja kayuvyang dibina untuk meletakkan perkakas rumah sepanjang musim tengkujuh

TUMPAT - Tiga meja kayu dan dua bot fiber antara peralatan yang disediakan pasangan suami isteri di Kampung Bendang Pa' Yong dekat sini sebagai persiapan menghadapi banjir sepanjang musim tengkujuh tahun ini.

Che Yaakob Abdullah, 73, membina meja kayu itu untuk meletakkan barang-barang dapur termasuk beras dan perkakas memasak selain pakaian

Iklan
Iklan

Menurut Che Yaakob, dia dan isteri, Bidah Awang Hamat, 73, sudah membuat persiapan banjir sejak seminggu lalu berikutan maklumat Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat bermula Sabtu.

Menurutnya, persiapan awal penting berikutan rumah mereka bersebelahan tali air yang kini sudah melimpah.

Iklan
Mohd Zulkifli menyediakan rumput yang ditanam untuk lembu ternakannya

Dalam pada itu, Bidah memberitahu dia dan suami akan berpindah ke rumah anaknya yang dibina lebih tinggi daripada kediaman mereka.

Tambahnya, jika musim tengkujuh rumahnya akan dinaiki air kira-kira dua meter sekali gus menyebabkan perabot dan perkakas lain rosak.

Iklan

"Jadi kami akan sentiasa peka dengan keadaan di Sungai Golok yang biasanya boleh mengakibatkan banjir di sini selepas berlaku limpahan di sungai itu," katanya.

Sementara itu, petani dan penternak lembu, Mohd Zulkifli Mohd Zain, 53, juga sudah memikirkan kaedah untuk memastikan lembunya selamat daripada banjir.

Dia yang mempunyai lima ekor lembu sudah bersiap sedia dengan bot fiber dan setiap hari akan menyabit rumput yang ditanam beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun katanya, jika banjir besar lembunya akan diberi makan dedak.

"Saya sudah membuat persiapan seminggu lalu dan akan membawa lembu ke Jalan Kaspan tidak jauh dari rumah kerana kawasan itu lebih tinggi dan selamat untuk haiwan ternakan," katanya.

Mohd Zulkifli memberitahu, dia pernah mengalami kerugian lebih RM9,000 selepas lembu peliharaannya mati ketika musim tengkujuh.

Kampung Bendang Pa' Yong antara beberapa kampung yang akan ditenggelami air sepanjang musim tengkujuh selain Kampung Kubang Sawa, Kampung Kuala Jambu dan Kampung Simpangan.