Kerajaan akan kaji keperluan laksana 'kedutaan data'

Iklan
Fahmi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneliti serta mengkaji keperluan melaksanakan konsep ‘kedutaan data’ (data embassy) iaitu pusat pemprosesan data yang diusahakan syarikat dari negara tertentu di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google dan Microsoft di San Francisco, Amerika Syarikat, beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

Beliau ditemui selepas menghadiri Digital Transformation Leader’s CxO Summit: Intellogent Digital Transformation in the 5G Era, di sini pada Rabu, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Iklan

Fahmi berkata, konsep kedutaan data ini adalah data berkaitan sesebuah syarikat dari negara tertentu dikawal selia oleh kedutaan mereka, namun perkara itu baru dibangkitkan pihak industri dan belum ada sebarang keputusan dasar daripada kerajaan.

Fahmi berkata, ini kerana kajian menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengambil kira kedaulatan undang-undang negara ini dan keselamatan data terutamanya bagi rakyat Malaysia.

Iklan

"Ia adalah satu konsep menarik, tetapi perlu kita imbangkan dengan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber yang sedang digubal pada waktu ini serta pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi dan Akta Omnibus Perlindungan Data yang akan dibawa ke Parlimen, insya-Allah pada suku pertama tahun depan,” katanya.

Mengenai perkembangan perjanjian langganan saham (SSA) antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO), Fahmi berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican pada Rabu.

"Dalam mesyuarat ini, kita akan putuskan beberapa perkara (berkaitan SSA) termasuk tarikh untuk majlis menandatangani SSA ini dalam tempoh terdekat,” katanya. - Bernama.