Festival makan hidupkan masjid

Iklan

SUNGAI PETANI - Menghidupkan atau mengimarahkan masjid antara matlamat utama penganjuran Thai-Malay Food Festival di Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang menawarkan lebih 100 jenis makanan popular kepada pengunjung.

Pengarah Urusan Madad, Mohammad Yaakub Yusra berkata, festival yang berlangsung selama 10 hari bermula 16 November lalu itu bukanlah semata-mata mahu menjemput orang merasai pelbagai jenis makanan berkenaan sebaliknya memperkenalkan masjid sebagai pusat komuniti setempat.

Iklan
Iklan
Mohammad Yaakub meninjau penjualan makanan sempena Thai-Malay Food Festival di Madad sehingga 25 November ini.

Menurutnya, pelbagai kemudahan lain disediakan selain fungsi sebagai rumah ibadat, Madad telah mewujudkan ekosistem melalui penganjuran sukan memanah, berkuda, hotel kapsul, maahad tahfiz, pembinaan rumah kucing dan rumah kahwin serta lain-lain sekali gus menarik perhatian lebih ramai pengunjung memanfaatkan fasiliti tersebut.

Jelas Mohammad Yaakub, sambutan diterima cukup memberangsangkan sehingga kini mencecah 70,000 pengunjung selain menyasarkan lebih 120,000 sehingga hari terakhir 25 November nanti.

Iklan

"Kita bawakan penceramah bebas, Sheikh Zainul Asri, Ustaz Ariffin Ayob, Mohd Fadhly Hasbullah (Ustaz Manis), Cik Wan Hilmy Wan Mohamed (Maulana Helmi), Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, Pempengaruh, Cikgu Fadli Salleh, Motivator dan pendakwah bebas, Ustazah Huda Edayu serta ramai lagi yang memeriahkan pelbagai slot setiap hari," katanya.

Antara slot yang dijadualkan sepanjang festival termasuk Madad Berselawat, Kuliah Dhuha, Kuliah Maghrib, Parenting Talk, Rawatan Syifa, Majlis Taalim, Lepak Geng Utagha, Untold Story Akhir Zaman dan Kita Palestin.

Iklan
Pelbagai jenis makanan popular ditawarkan kepada pengunjung selain program keagamaan diatur bagi memberi manfaat kepada pengunjung.

"Forum pada Khamis ini melibatkan saya, Imam Masjid Al-Busyra Mohd Firdaus Mat Akhir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar dan Exco Kerajaan Negeri Radhi Mat Din bermula 9 malam dijangka turut menjadi tumpuan.

Pengisian pada hari terakhir (Sabtu) pula ialah kuliah perdana selain kehadiran Personaliti, Muhammad Nadir Al Nuri membicarakan tentang Palestin serta penyerahan sumbangan yang dikutip bagi membantu saudara Muslim di sana.

Antara pengunjung yang mengikuti pengisian keagamaan yang berlansung serentak bersama Thai-Malay Food Festival di Madad, Sungai Petani Kedah.

Dalam masa sama, beliau menambah, bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda, tidak tertakluk sepanjang festival berlansung namun dibuka bermula 3 hingga 6 petang setiap hari secara percuma.