Kempen PRK Kemaman tahap sederhana - Polis

Iklan
Mazli Mazlan

KEMAMAN - Kempen yang dibuat oleh kedua-dua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman berada pada tahap sederhana.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, situasi itu disebabkan Terengganu sedang dilanda banjir ketika ini.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini, polis belum menerima sebarang laporan atau insiden yang menarik sepanjang tempoh berkempen dijalankan.

"Jadi, kita berharap situasi ini kekal sehingga berakhir proses pilihan raya kecil berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambah Mazli, pihaknya juga menerima enam permohonan ceramah pada hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Jelasnya, ia membabitkan empat permohonan daripada Perikatan Nasional (PN) dan dua lagi daripada Barisan Nasional (BN).

Iklan

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas.