Pelajar tingkatan tiga lemas ketika selamatkan adik

Iklan
Muhamad Danish Haikal dihanyutkan arus selepas menyelamatkan adiknya yang hampir lemas.

JELI - Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Balah di sini ditemukan lemas di sungai Kampung Salor, Batu Melintang di sini pagi tadi.

Muhamad Danish Haikal Mohd Rosdi, 15, dihanyutkan arus selepas menyelamatkan adiknya yang hampir lemas.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, mangsa sekeluarga tinggal di Kampung Tungku Abdul Rahman, Kuala Balah namun pulang ke Kampung Salor semalam.

Katanya, kira-kira jam 11 pagi, mangsa bersama keluarga dan saudara-mara berkelah di sungai terbabit.

Iklan

"Pada jam 11.15 pagi, mangsa bersama adiknya yang berusia 12 tahun mandi bersama. Semasa kejadian, mangsa cuba selamatkan adik yang hampir lemas.

"Dengan bantuan sepupu mangsa, adiknya berjaya ditarik naik ke tempat cetek. Bagaimanapun, mangsa tidak sempat diselamatkan dan tenggelam dan dihanyutkan arus.

Iklan

"Usaha mencari dijalankan keluarga mangsa dengan dibantu penduduk kampung. Mangsa ditemui di tepi sungai pada jarak lebih kurang lima meter dari tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan lanjut.