Penganjur beri jaminan Coldplay akan patuh garis panduan konsert - KKD

Iklan
Konsert 'Coldplay: Music of the Spheres World Tour' akan diteruskan hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penganjur konsert kumpulan muzik Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan dari Britain itu akan mematuhi garis panduan dan perkara-perkara yang ditetapkan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kumpulan itu juga akan mematuhi peraturan dan undang-undang berkuat kuasa di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, ia hanyalah pandangan dan bukannya fatwa.

"Sehubungan itu, konsert 'Coldplay: Music of the Spheres World Tour' akan diteruskan hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil," menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa PUSPAL juga telah meluluskan permohonan persembahan konsert berkenaan pada 13 Oktober lepas.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa konsert itu dibatalkan bagi menghormati situasi semasa di Gaza, Palestin selain bimbang insiden tidak senonoh yang dilakukan kumpulan pop rock, dikenali sebagai The 1975 pada Julai lepas, mungkin berulang. - Bernama

Iklan