KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 November.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).