CLQ kawal warga asing, elak kacau ganggu penduduk - Exco
Iklan
Mooi Lye
GEORGE TOWN - Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan operator penginapan pekerja warga asing sedia ada bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang baik dan mematuhi peraturan sedia ada supaya tidak menimbulkan kacau ganggu penduduk setempat.
Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H'ng Mooi Lye berkata, langkah itu merupakan komitmen kerajaan negeri menangani isu lambakan warga asing di kawasan perumahan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pekerja warga asing akan ditempatkan di penginapan pekerja secara berpusat (CLQ) yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan sokongan seperti sistem kawalan keluar masuk serta berpengawal.
"Dengan cara ini, diharapkan dapat mencapai keseimbangan antara keperluan pekerja asing dan keselesaan komuniti tempatan.
Iklan
"Berdasarkan data daripada Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 147,344 pekerja asing telah berdaftar untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Pulau Pinang.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 69,859 pekerja asing telah mendapat Sijil Perakuan Penginapan Pekerja (COA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang," katanya dalam sesi penggulungan sempena Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada Rabu.
Iklan
Mooi Lye (PH-Jawi) berkata, seramai 30,956 pekerja asing masih belum menerima sijil COA kerana PBT belum memperakukan permohonan tersebut atas sebab-sebab pematuhan syarat teknikal.
Katanya, baki sebanyak 46,529 pekerja asing lagi tidak mengemukakan permohonan COA kepada JTK Pulau Pinang dan dipercayai mereka tinggal secara tidak sah di seluruh Pulau Pinang.
"Justeru, pembangunan CLQ amatlah penting dalam menampung kesemua pekerja asing dan tempatan yang semakin meningkat di Pulau Pinang," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam