VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat bersujud sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia.
Aksi yang dikongsikan pengendali akaun @myjienaaaa awal pagi tadi telah tular dan menarik perhatian ramai.
"Chris Martin sampai Malaysia dah! Siap sujud cium Tanah Malaysia.
"Lelaki ini sangat wow!!! Jumpa malam ini Coldplay. Tolong berkelakuan sopan seperti kami," tulisnya.
Menerusi video yang berdurasi 25 saat tersebut, penyanyi berusia 46 tahun itu dilihat terus bersujud dan mencium tanah sebaik turun daripada tangga pesawat.
Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu menyifatkan tindakan Martin itu bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.
Menurut laporan media di Indonesia, Martin pernah melakukan perkara serupa sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta.
Rata-rata peminat setia penyanyi itu meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Coldplay di Stadium Bukit Jalil malam ini.