Polis tahan 21 individu

Iklan
PDRM

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menahan seramai 21 individu disyaki terlibat sindiket pinjaman tidak wujud dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang, pada Selasa lepas.

Kesemua suspek berusia 17 sehingga 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di Kajang dan lapan premis kondominium di Batu 9, Cheras di sini.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, serbuan pada 2.30 petang hingga 9.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai JSJK Bukit Aman dan JSJK Selangor.

Iklan

Beliau berkata, sindiket itu memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman tidak wujud dengan menghubungi mangsa menerusi telefon atau menghantar pesanan WhatsApp kepada mangsa bagi urusan pinjaman.

Iklan

"Mangsa yang ingin memohon pinjaman akan diarahkan membuat pembayaran caj dokumen perjanjian pinjaman beserta cop Lembaga Hasil Dalam Negeri berdasarkan amaun pinjaman yang dipohon mangsa dalam beberapa akaun bank atas nama individu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ Health, di sini, hari ini. - Bernama