Bayi antara lima terselamat rumah penginapan terbakar

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

GEORGE TOWN - Lima mangsa termasuk seorang bayi terselamat dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Nibong, Bayan Lepas di sini pada pagi Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Firdaus Mohd Saad berkata, dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, lima mangsa iaitu dua kanak-kanak berusia tiga tahun, seorang bayi dan dua wanita berusia 30-an terselamat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dan diberikan rawatan awal sebelum dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila bomba tiba di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat (kelas A) dengan anggaran keluasan 30x80 kaki persegi yang dijadikan sebagai rumah penginapan.

Iklan

"Kebakaran berlaku di bahagian tangga di tingkat atas melibatkan sebuah lampu dan struktur siling," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kanak-kanak berusia tiga tahun antara mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian pagi Khamis.

Ujarnya, kesemua mangsa terperangkap di dalam bilik di tingkat atas dan telah berjaya dikeluarkan serta diberi rawatan awal.

Iklan

Kata beliau lagi, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.42 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.32 pagi.

"Kerja-kerja 'overhaul' telah dijalankan.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.