Anak Makcik Kemboja dakwa video tular telah disunting

Iklan
Tangkap layar hantaran di aplikasi X oleh individu yang mendakwa sebagai anak Makcik Kemboja.

JOHOR BAHRU - Pemuda yang mendakwa dirinya anak 'Makcik Kemboja' mendakwa video kemarahannya yang mencabar netizen bersemuka di TikTok telah disunting.

Menerusi hantaran di X, lelaki yang dikenali sebagai Ezuan itu turut mendedahkan menerima banyak ugutan selepas video tersebut tular pada Rabu.

Iklan
Iklan

Dakwanya, video kemarahannya itu ditujukan kepada bekas pekerja syarikat ibunya dan bukan kepada netizen mahupun masyarakat umum.

Katanya, kandungan media yang dibuat sepanjang dua minit tujuh saat telah diubah menjadi 29 saat oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan provokasi terhadap masyarakat.

Iklan

"Semalam sekitar jam 2.30 petang, saya telah mengesan satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.

"Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata dia akan mendedahkan identiti saya sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. Individu tersebut juga telah memaki hamun saya dan juga ibu saya dalam konten tersebut.

Iklan

"Dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut mencabar dia secara spesifik dengan menyebut nama penuh dia sekali.

"Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen," tulisnya.

Jelas Ezuan, perkara tersebut telah mengancam keselamatannya, sehingga menerima terlalu banyak ugutan.

"Jadi di sini saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama ALLAH, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.

"Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia (bekas pekerja ibu). Saya minta anda (netizen) menilai sendiri, dan saya minta jasa baik anda untuk viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar," katanya.

Menurut Ezuan, akaun peribadi TikTok beliau juga telah disekat pagi semalam dan berharap ada keadilan buatnya.

"Saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. ALLAH Maha Berkuasa," katanya yang turut memuat naik video original yang menyebut nama bekas pekerja ibunya.

Sebelum ini, satu klip video berdurasi 1 minit 7 saat tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika mengadakan pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian sehingga menerima kecaman ramai.

Susulan itu, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf, dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Polis Melaka memaklumkan menerima 14 laporan polis terhadap wanita terbabit dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.