25 maut trak bawa lebih muatan terbabit nahas di Nigeria

Iklan
Kemalangan ngeri melibatkan sebuah trak yang membawa muatan berlebihan di Nigeria mengakibatkan seramai 25 orang terbunuh. - Foto BNN.network

ABUJA - Kemalangan ngeri melibatkan sebuah trak yang membawa muatan berlebihan di Nigeria mengakibatkan seramai 25 orang terbunuh.

Jumlah itu melebihi angka 17 orang yang disahkan polis trafik sebelum ini, lapor Xinhua memetik seorang pegawai kanan kerajaaan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Trak yang membawa muatan barangan dan penumpang melebihi kapasiti itu dipercayai hilang kawalan.

Nahas berlaku di lebuh raya yang sibuk di Magama pada Selasa itu turut menyebabkan lebih 200 orang cedera.

Iklan

Terdahulu, jurucakap polis trafik Nigeria, Bisi Kazeem, berkata sebanyak 229 orang terlibat dalam kemalangan itu dan siasatan awal mendapati trak berkenaan dipandu melebihi had laju.

Presiden Nigeri,a Bola Tinubu dalam satu kenyataan berasingan pada Rabu turut berduka cita dengan kejadian itu dan bersimpati dengan keluarga yang terlibat.

Iklan

Beliau juga menyeru langkah segera untuk mencegah kemalangan seumpama itu daripada berulang pada masa depan. - Bernama