Kura-kura 'berang' bakar rumah

Iklan
Seekor kura-kura dari Essex, Britain secara tidak sengaja menyebabkan kebakaran di rumah pemiliknya.

ESSEX - Seekor kura-kura dari Essex, Britain membuat kejutan pada Hari Krismas lalu apabila menyebabkan kebakaran di kediaman pemiliknya.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Essex, reptilia berusia 45 tahun yang ditinggal bersendirian pada petang Rabu lalu tidak sengaja menjatuhkan lampu pijar dan menyebabkan tempat tidurnya terbakar.

Iklan
Iklan

Insiden disedari jiran terdekat berikutan bunyi penggera kebakaran dan pihak bomba yang bergegas ke rumah tersebut mendapati sebuah bilik terbakar sementara segenap ruang rumah dipenuhi asap.

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan menemui kura-kura terbabit dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

"Kura-kura ini kelihatan marah namun ia hari bertuahnya kerana jiran mendengar bunyi penggera kebakaran," kata pihak bomba yang turut memuat naik gambar kura-kura tersebut dengan wajah 'berang'. - Agensi