Semarak Subuh: ADUN, rakyat solat subuh berjemaah

Iklan
Sebanyak 2,688 program Semarak Subuh dijangka akan dilaksanakan pada tahun depan. - Gambar hiasan/ Foto: 123rf, gambar kecil: Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memperuntukkan RM560,000 bagi menjayakan Semarak Subuh di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Semarak Subuh dilaksanakan bagi membolehkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beragama Islam untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

Iklan
Iklan

Selain itu, ADUN juga dapat bertadabbur al-Quran dan seterusnya menyantuni para jemaah di masjid atau surau pada setiap pagi Jumaat dalam kawasan DUN masing-masing.

"Semarak Subuh ini amat penting dalam memacu pembangunan negeri dan pentadbiran kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada dua dimensi utama iaitu menjaga hubungan antara manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail dekat sini pada Khamis.

Onn Hafiz yang juga ADUN Machap berkata, dianggarkan sebanyak 2,688 program Semarak Subuh akan dilaksanakan pada tahun depan.

Iklan

"Selain itu, setiap masjid dan surau di seluruh pelusuk negeri akan disantuni dalam masa setahun.

"Pegawai daerah, kadi daerah, imam daerah dan pegawai-pegawai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat akan turut bersama dalam program ini," ujarnya.